Geran KUIS

Geran Penyelidikan dan Inovasi KUIS (GPIK)

Pihak Pengurusan KUIS telah mengagihkan sejumlah geran dibawah skim Geran Penyelidikan dan Inovasi KUIS (GPIK) bagi tujuan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang akan di uruskan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC ).

GPIK di bahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut:

1.      Geran Penyelidikan Insentif (GPI)

2.      Geran Penyelidikan Pertengahan (GPM)

3.      Geran Penyelidikan Lanjutan (GPL)

4.      Geran Penyelidikan Primer (GPP)

 

Setiap kategori geran tersebut mempunyai syarat-syarat dan kriteria tertentu yang perlu di penuhi oleh setiap pemohon seperti berikut:

 

KATEGORI DAN KRITERIA PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN & INOVASI KUIS (GPIK)

 

Nama Geran

Jumlah Geran (RM)

Kriteria Permohonan

Geran Penyelidikan Insentif

(GPI)

5,500 – 9,999

·          Terbuka kepada semua staf akademik

·         Ketua Penyelidik mestilah daripada Gred 41-45   sahaja.

·         Staf berstatus kontrak perlu memohon bersama staf berstatus tetap.

·         Maksimum 2-3 orang pensyarah KUIS sahaja.

·          Geran ini akan diberi sekali sahaja kepada setiap penyelidik.

·          Tempoh penyelidikan : 6 – 12 bulan

·          Penyelidikan yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan    industri diberi keutamaan.

·          Kelulusan dan ‘vetting’ di peringkat RMC, ketua    kluster dan sub  kluster.

·         Sekurang-kurangnya 1 artikel perlu di terbitkan dalam jurnal berindeks dan dinyatakan di dalam proposal nama jurnal   tersebut.   

 

Geran Penyelidikan Pertengahan

(GPM)

10,000 – 29,999

·         Terbuka kepada semua staf akademik

·          Ketua Penyelidik mestilah daripada Gred 45-52 dan minimum 4 tahun dalam perkhidmatan di KUIS

·          Staf berstatus kontrak perlu memohon bersama staf berstatus  tetap.

·          Maksimum 3-4 orang penyelidik

·         Diketuai oleh staf akademik KUIS

·         Salah seorang ahli penyelidik mesti terdiri daripada wakil industri ATAU staf akademik dari IPTA lain

·          Tempoh penyelidikan : Maksimum 12 bulan

·          Penyelidikan hendaklah yang boleh memberi impak kepada masyarakat dan industry.

·          Digalakkan mendapatkan dana tambahan dari pihak lain.

·          Kelulusan dan ‘vetting’ oleh Jawatankuasa Penyelidikan KUIS yang dipengerusikan oleh TR(AP) dan ahli Jawatankuasa terdiri daripada RMC , ketua kluster dan sub kluster.

·         Telah melengkapkan 75% penyelidikan geran yang terdahulu

·         Ketua penyelidik tidak disenarai hitamkan .

·         Sekurang-kurangnya 2 artikel perlu di terbitkan dalam jurnal berindeks dan dinyatakan nama jurnal   di dalam proposal .

  

Geran Penyelidikan Lanjutan

(GPL)

30,000 – 49,999

·         Terbuka kepada semua staf akademik KUIS

·         Staf berstatus kontrak perlu memohon bersama staf berstatus  tetap

·         Maksimum 5 orang penyelidik

·         Diketuai oleh staf akademik KUIS

·          Pernah mendapat minimum 1 geran penyelidikan dalam atau luar

·         Lanjutan daripada penyelidikan terdahulu

·          Dua orang ahli penyelidik mesti terdiri daripada wakil industri DAN staf akademik dari IPTA lain.

·        Sekurang-kurangnya 1 artikel perlu di terbitkan dalam jurnal berindeks dan  1 Jurnal scopus perlu dinyatakan nama jurnal di dalam proposal.

·          Tempoh penyelidikan :  1 - 2 tahun.

·         Penyelidikan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan industri.

·         Menganjurkan sekurang-kurangnya 1 seminar kebangsaan atau antarabangsa.

·         Digalakkan untuk mendapatkan dana tambahan dari pihak lain

·          Kelulusan oleh Jawatankuasa Penyelidikan KUIS yang dipengerusikan oleh Rektor KUIS dan ahli Jawatankuasa terdiri daripada Pengurusan RMC,  ketua kluster, sub kluster dan sekurang-kurangnya seorang panel luar.

 

Geran Penyelidikan Primer

(GPP)

50,000 – 100,000

·         Terbuka kpd semua staf akademik KUIS

·         Staf berstatus kontrak perlu memohon bersama staf berstatus  tetap.

·          Maksimum 5-7 orang penyelidik (KUIS, IPTA lain dan industri)

·          Diketuai oleh staf akademik KUIS

·          Pernah mengetuai minimum 1 penyelidikan dalam atau luar.

·         Dua orang ahli penyelidik mesti terdiri daripada wakil industri DAN staf akademik dari IPTA lain.

·          Tempoh penyelidikan : 2-3 tahun

·          Penyelidikan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan industry

·          Menganjurkan sekurang-kurangnya 1 seminar kebangsaan atau antarabangsa.

·         Sekurang-kurangnya perlu menerbitkan 2 artikel dalam jurnal berindeks dan 1 artikel jurnal scopus dan nama jurnal dinyatakan di dalam proposal.

·         Kelulusan oleh Jawatankuasa Penyelidikan KUIS yang dipengerusikan oleh Rektor KUIS. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Pengurusan RMC, ketua kluster, sub kluster dan sekurang kurangnya  seorang panel luar.

 

 

 

Syarat –syarat umum penyelidikan Geran GPIK

1)     Setiap permohonan GPIK hendaklah melalui sistem RMS.

2)     Pemohon perlu memahami dan mematuhi kriteria-kriteria dan syarat-syarat  yang telah ditetapkan bagi setiap kategori geran yang dipohon.

3)     Setiap pemohon yang pernah mendapat geran GPIK perlu melengkapkan  sekurang-kurangnya 75% projek penyelidikan sedia ada sebelum memohon geran yang baru dan ketua penyelidik TIDAK DISENARAIHITAM.

4)     Setiap pemohon bertanggungjawab untuk mematuhi setiap proses pengurusan penyelidikan iaitu

a)     Melengkapkan borang perjanjian penyelidikan selepas berjaya ditawarkan geran GPIK.

b)    Melengkapkan borang ikatan amanah ( dari pihak bendahari) selepas berjaya ditawarkan geran GPIK.

c)     Menghantar laporan kewangan setiap bulan kepejabat RMC.

d)    Ketua penyelidik perlu menggunakan bajet geran yang telah diluluskan secara berhemah, jujur dan amanah mengikut dasar perbelanjaan Geran GPIK.

e)     Menghantar laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan ke pejabat RMC.

f)     Menghantar laporan akhir selepas tamat penyelidikan bersama cetakan Monograf ( 11 buah naskah) ke pejabat RMC.

5)     KEGAGALANketua penyelidik untuk mematuhi proses pengurusan penyelidikan seperti diatas didalam tempoh yang telah ditetapkan akan menyebabkan ketua penyelidik akan diSENARAI HITAM untuk permohonan GPIK yang seterusnya.

 

KLUSTER PENYELIDIKAN

Mulai tahun 2016, penyelidikan mestilah berdasarkan kepada kluster dan sub kluster. Pemohon perlu memilih salah satu sub kluster yang disenaraikan. Ini adalah bagi memastikan  penyelidikan  di KUIS akan tertumpu kearah tujahan (niche) KUIS.

Kluster penyelidikan merupakan kolaborasi kumpulan penyelidikan merentas disiplin yang mengandungi penyelidik-penyelidik dari pelbagai fakulti, pusat dan institusi yang terlibat dalam menjalankan penyelidikan rentas disiplin.

Penentuan kluster dan sub-kluster bergantung kepada permasalahan utama dalam sesuatu penyelidikan.

           

Kluster dan sub-kluster penyelidikan KUIS adalah seperti berikut:

 

Kluster

Sub-kluster

Kewangan dan Pengurusan Islam

1.    Syariah

2.    Governan

3.    Ekonomi

 

Tamadun dan Pemikiran Islam

1.    Bahasa dan Komunikasi

2.    Sejarah dan Akidah

3.    Pendidikan dan Pembangunan Insan

Teknologi dan Inovasi

1.    Pengurusan maklumat

2.    Aplikasi dan Teknologi Pendidikan
3.    Teknologi Maklumat dan Komunikasi Visual

 

≠ Tarikh  kemaskini  29 MAC 2017 

 

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Borang Permohonan Kajian <<Klik Disini

Lokasi

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah saw, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya"