Latar Belakang RMC

Pusat PengurusanPenyelidikan telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002 (ditubuhkan dengan nama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik–PPPA).  Ketika itu objektif penubuhan RMC adalah untuk pembangunan di KUIS. Berikut adalah antara fungsi dan gerak kerja yang dilakukan oleh RMC bermula dari 2002 hingga 2008:

a) Gerak Kerja Penubuhan Fakulti Sains Kejururawatan & Kesihatan Sekutu (FSKKS)
b) Dokumen menaik taraf KISDAR kepada Kolej Universiti (KUIS)
c) Gerak Kerja Penubuhan Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
d) Dokumen menaik taraf KUIS kepada Universiti Penuh
e) Menjalin jaringan kerjasama Akademik antara KUIS dengan IPT timur tengah.

Bermula tahun 2009, RMC mula menumpukan kepada pengurusan penyelidikan di KUIS. Dalam usaha untuk menggiatkan dan menyemarakkan budaya penyelidikan dan penerbitan di kalangan pensyarah, RMC telah menganjurkan beberapa siri latihan dalam bidang berkaitan khususnya kepada kakitangan adademik KUIS dengan menjemput panel-panel dan tokoh akademik berpengalaman daripada IPTA untuk berkongsi ilmu dan seterusnya memandu arah bagi menjamin kualiti penyelidikan KUIS diteruskan.

Pada awal tahun 2010, Dr. Abdul  Rahman Bin Abdul Ghani telah dilantik sebagai Pengarah untuk menerajui RMC dan pada November 2010, Ustaz Daud Lin Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah RMC. Dengan perlantikan ini, kakitangan RMC terdiri dari 4 orang iaitu, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pendaftar dan Pembantu Tadbir. Pengurusan RMC juga telah berubah di mana pada bulan November 2010, ianya diletakkan secara rasmi dibawah Rektor KUIS. Walaubagaimanapun, legasi penyelidikan tetap diteruskan bagi memantapkan lagi fungsi RMC sebagai pusat penyelidikan yang menjurus kearah matlamat mencapai Insan Tahdhib yang dapat member manfaat dan faedah kepada Insan lain melalui penyelidikan dan kajian yang dilakukan agar mencapai keredhaan Allah.

 

 

 

Lokasi

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Abdullah bin Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Hati-hatilah kamu! Jangan lah kamu kafir kembali sepeninggalanku, di mana sebahagian kamu membunuh sebahagian yang lain (perang saudara)."