Bengkel MyGrants dan Bengkel FRGS

25 dan 26 Mac 2015 Bengkel MyGrants dan Bengkel  FRGS telah diadakan di Dewan Senat untuk semua pemohon Geran Penyeilidikan Fundamental (FRGS). Bengkel selama dua hari ini telah diadakan untuk membantu para penyarah yang berminat untuk memohon geran FRGS. Skim Geran Penyeilidikan Fundamental (FRGS) merupakan salah satu skim geran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan terbuka kepada semua kakitangan akademik IPTA dan IPTS yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Setiap permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) mesti melalui permohonan atas talian MyGrants. Greater Research Network System (MyGrants) adalah portal penyelidikan Malaysia, ia merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyediakan sistem pengurusan geran-geran penyelidikan KPM secara atas talian serta pencarian maklumat penyelidikan fundamental melalui portal MyGrants.

 

 

Pada hari pertama bengkel semua peserta bengkel telah diberi panduan permohonan atas talian MyGrants oleh  wakil Malaysia Greater Research Network System (MyGrants). Bengkel dimulakan dengan taklimat dan panduan mengisi borang secara atas talian (online). Manakala pada sebelah petang sesi soal jawab dan praktikal secara hands on diadakan.

Pada hari kedua pula Bengkel FRGS telah diadakan, pada sesi pagi taklimat dan tips – tips membuat proposal yang baik untuk permohonan FRGS, telah disampai oleh.Prof. Dr. Samsudin bin A.Rahim. Manakala pada sebelah petang pula bengkel di teruskan dengan mengikut format coaching dimana seorang panel telah membantu sekumpulan penyelidik (mengikut bidang) secara hands on. Panel -panel yang dipilih adalah dikalangan pensyarah IPT yang telah berjaya mendapatkan geran ini dan juga antara  panel penilai  di peringkat KPM.

 

 

Diharapkan dengan adanya bengkel MyGrants dan bengkel FRGS ini dapat menggalakkan para pensyarah KUIS memohon geran FRGS dan seterusnya berjaya mendapatkan geran tersebut.

Lokasi

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu."