Bengkel Wacana Ilmu II Bil 5/2015

24 Mac 2015    Wacana Ilmu Siri II telah diadakan di Auditorium Sa’id Ramadhan Al-Buti dan penceramah jemputan merupakan Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub. Beliau merupakan Pengarah Akademi Kebijaksanaan Sejagat di Universiti Islam Malaysia (UIM) dan sangat berpengalaman dalam penulisan ilmiah, beliau telah berkongsi informasi yang sangat bermanfaat dengan semua pensyarah di KUIS.

 

 

Program Wacana Ilmu II ini merupakan kesinambungan dari program Wacana Ilmu yang pertama dan akan dijadikan sebagai program tahunan. Tujuannya adalah untuk memperkasa dan memantapkan aktiviti penyelidikan dikalangan kakitangan akademik. Diharapkan usaha ini dapat membantu bagi membudayakan penyelidikan di kalangan kakitangan akademik dan menyokong usaha KUIS ke arah universiti penuh pada tahun 2016.

 

 

 

Lokasi

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Abu Hurairah r.a dan dari Abu Syuraikh Al-Khuza’iy r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."