Bengkel Pewasitan Bil 2/2015

17 Februari 2015  Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah berjaya menjalankan Bengkel pewasitan  dengan di hadiri oleh 20 orang ahli akademik KUIS yang bertaraf Doktor Falsafah yang  terdiri dari  Timbalan Rektor, Dekan, Pengarah dan Pensyarah - pensyarah kanan yang  berpengalaman dalam displin masing-masing. Informasi yang sangat bermanfaat  untuk pewasitan telah disampaikan oleh Profesor Dr. Md Saidin Bin Ahmad Ishak yang merupakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya yang mempunyai pengalaman yang sangat luas didalam bidang pewasitan dan penulisan artikel jurnal dan juga penulisan buku.

 

 

 

Bengkel pewasitan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pewasitan sesebuah manuskrip kepada kakitangan akademik yang dipertanggunjawabkan untuk pewasitan, bagi menerbitkan artikel ilmiah yang berkualiti dan diiktiraf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya agar dapat mengorak langkah ke arah pemantapan penulisan berbentuk jurnal, buku, makalah dan manuskrip. Diharapkan dengan adanya bengkel pewasitan ini, akan dapat meningkatkan kualiti penulisan ilmiah di Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor  (KUIS).

 

 

Lokasi

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Saad bin Abu Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang mengaku ‘Bapa’ pada orang lain, padahal dia sedar bahawa orang itu bukan bapanya, maka haram syurga baginya."