Buletin RMC

Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Dan Inovasi Kuis (GPIK) 2015 Dan Bengkel Pengurusan Penyelidikan Bil 1/2015

27 Januari 2015 Majlis Penganugerahan GPIK 2015 dan Bengkel Pengurusan Penyelidikan telah diadakan di DewanSenat KUIS. Anugerah Geran GPIK 2015 telah disampaikan oleh Yang berbahagia Profesor Dato’ Dr Ab. Halim Bin Tamuri , Rektor KUIS.

 

Bagi tahun 2015, KUIS memperuntukkan sebanyak RM 900,000.00 untuk tujuan penyelidikan. Pembukaan Geran Penyelidikan dan Inovasi KUIS (GPIK) telah menarik 36 permohonan dalam empat kategori iaitu Geran Penyelidikan Insentif (GPI), Geran Penyelidikan Pertengahan (GPM), Geran Penyelidikan Lanjutan (GPL) dan Geran Penyelidikan Primer (GPP).

 

 

Sebanyak 19 permohonan telah diluluskan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 384,138.00. Geran-geran yang diluluskan itu adalah 10 penyelidikan mendapat Geran GPI berjumlah  RM 95,438.00, 6 penyelidikan mendapat geran GPM berjumlah RM 138,700.00,  2 Penyelidikan mendapat geran GPL yang berjumlah RM 80,00.00 dan  1 penyelidikan mendapat Geran GPP yang berjumlah RM 70,000.

Pada sesi petang pula telah diadakan Bengkel Pengurusan Penyelidikan (SPSS) untuk semua penerima-penerima Geran GPIK bagi meningkatkan pengetahuan dan memudahkan penyelidik menjalankan penyelidikan mereka. Pihak RMC telah menjemput Dr. Latifa Bibi Musafar Hameed sebagai penceramah untuk Bengkel SPSS.

 

Diharapkan dengan adanya geran GPIK dan bengkel-bengkel pengurusan penyelidikan yang akan dijalankan oleh pihak RMC dari masa kesemasa dapat menyuburkan budaya penyelidikan di KUIS dan seterusnya menjadi pemangkin dalam usaha KUIS menjadi university penuh pada tahun 2016.

 

Lokasi

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Abu Hurairah r.a dan dari Abu Syuraikh Al-Khuza’iy r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."