Buletin RMC

Buletin Taklimat Sitasi

31 Julai 2015 Taklimat Sitasi telah diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah KUIS mengenai kepentingan dan cara menggunakan pangkalan data jurnal. Dengan taklimat ini pihak RMC mengharapkan para pensyarah dapat menghantar dan menerbitkan jurnal ke pengkalan data jurnal yang diiktiraf. Selain itu, para pensyarah berpeluang untuk melayari dan membuat rujukan di jurnal-jurnal ilmiah yang lain.

 

 

 

Taklimat ini adalah kerjasama antara RMC dengan Perpustakaan Imam AI-Syafi’i. Penceramah didatangkan khas dari Emerald Group. Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan dan para pensyarah memberikan maklumbalas yang sangat positif.

 

Bengkel MyGrants dan Bengkel FRGS

25 dan 26 Mac 2015 Bengkel MyGrants dan Bengkel  FRGS telah diadakan di Dewan Senat untuk semua pemohon Geran Penyeilidikan Fundamental (FRGS). Bengkel selama dua hari ini telah diadakan untuk membantu para penyarah yang berminat untuk memohon geran FRGS. Skim Geran Penyeilidikan Fundamental (FRGS) merupakan salah satu skim geran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan terbuka kepada semua kakitangan akademik IPTA dan IPTS yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Setiap permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) mesti melalui permohonan atas talian MyGrants. Greater Research Network System (MyGrants) adalah portal penyelidikan Malaysia, ia merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyediakan sistem pengurusan geran-geran penyelidikan KPM secara atas talian serta pencarian maklumat penyelidikan fundamental melalui portal MyGrants.

 

 

Pada hari pertama bengkel semua peserta bengkel telah diberi panduan permohonan atas talian MyGrants oleh  wakil Malaysia Greater Research Network System (MyGrants). Bengkel dimulakan dengan taklimat dan panduan mengisi borang secara atas talian (online). Manakala pada sebelah petang sesi soal jawab dan praktikal secara hands on diadakan.

Pada hari kedua pula Bengkel FRGS telah diadakan, pada sesi pagi taklimat dan tips – tips membuat proposal yang baik untuk permohonan FRGS, telah disampai oleh.Prof. Dr. Samsudin bin A.Rahim. Manakala pada sebelah petang pula bengkel di teruskan dengan mengikut format coaching dimana seorang panel telah membantu sekumpulan penyelidik (mengikut bidang) secara hands on. Panel -panel yang dipilih adalah dikalangan pensyarah IPT yang telah berjaya mendapatkan geran ini dan juga antara  panel penilai  di peringkat KPM.

 

 

Diharapkan dengan adanya bengkel MyGrants dan bengkel FRGS ini dapat menggalakkan para pensyarah KUIS memohon geran FRGS dan seterusnya berjaya mendapatkan geran tersebut.

Bengkel Wacana Ilmu II Bil 5/2015

24 Mac 2015    Wacana Ilmu Siri II telah diadakan di Auditorium Sa’id Ramadhan Al-Buti dan penceramah jemputan merupakan Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub. Beliau merupakan Pengarah Akademi Kebijaksanaan Sejagat di Universiti Islam Malaysia (UIM) dan sangat berpengalaman dalam penulisan ilmiah, beliau telah berkongsi informasi yang sangat bermanfaat dengan semua pensyarah di KUIS.

 

 

Program Wacana Ilmu II ini merupakan kesinambungan dari program Wacana Ilmu yang pertama dan akan dijadikan sebagai program tahunan. Tujuannya adalah untuk memperkasa dan memantapkan aktiviti penyelidikan dikalangan kakitangan akademik. Diharapkan usaha ini dapat membantu bagi membudayakan penyelidikan di kalangan kakitangan akademik dan menyokong usaha KUIS ke arah universiti penuh pada tahun 2016.

 

 

 

Bengkel Atlasti Bil 4/2015

18 Mac 2015  Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menjalankan Bengkel Atlas.ti yang telah dihadiri oleh 46 orang ahli akademik KUIS. Bengkel ini mensasarkan semua kakitangan akademik yang telah memperolehi Geran Penyelidikan Pertengahan (GPM), Geran Penyelidikan Lanjutan (GPL), dan Geran Penyelidikan Primer (GPP) serta kepada pensyarah yang berminat. Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Norziah Othman, beliau merupakan pensyarah Fakulti Pengurusan Muamalah, KUIS. Beliau telah berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat mengenai penggunaan Atlas.ti.

 

 

Bengkel Atlas.ti diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli akademik dan penyelidik kaedah yang betul, sistem yang teratur untuk membuat sorotan literatur. Seterusnya ianya boleh dijadikan sebagai platform kepada ahli akademik untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang lebih baik.

 

Bengkel Penulisan Karya Ilmiah (Jurnal Siri I) Bil 3/2015

3 Mac 2015 Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menjalankan Bengkel Penulisan Karya Ilmiah (Jurnal Siri I) dengan di hadiri oleh 35 orang ahli akademik KUIS. Informasi berkaitan dengan penulisan jurnal telah disampaikan oleh Dr. Irwan bin Mohd Subri yang merupakan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang  di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).  

 

 

Bengkel Penulisan Karya Ilmiah (Jurnal Siri I) diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli akademik dan penyelidik dalam usaha mereka untuk menghasilkan dan menerbitkan penerbitan ilmiah dalam jurnal berwasit. Diharapkan usaha ini dapat membantu ahli akademik menghasilkan penerbitan ilmiah di dalam jurnal yang berwasit dan berindeks bagi menuju ke arah inspirasi KUIS mencapai Universiti penuh pada tahun 2016.

 

 

 

Bengkel Pewasitan Bil 2/2015

17 Februari 2015  Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah berjaya menjalankan Bengkel pewasitan  dengan di hadiri oleh 20 orang ahli akademik KUIS yang bertaraf Doktor Falsafah yang  terdiri dari  Timbalan Rektor, Dekan, Pengarah dan Pensyarah - pensyarah kanan yang  berpengalaman dalam displin masing-masing. Informasi yang sangat bermanfaat  untuk pewasitan telah disampaikan oleh Profesor Dr. Md Saidin Bin Ahmad Ishak yang merupakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya yang mempunyai pengalaman yang sangat luas didalam bidang pewasitan dan penulisan artikel jurnal dan juga penulisan buku.

 

 

 

Bengkel pewasitan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pewasitan sesebuah manuskrip kepada kakitangan akademik yang dipertanggunjawabkan untuk pewasitan, bagi menerbitkan artikel ilmiah yang berkualiti dan diiktiraf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya agar dapat mengorak langkah ke arah pemantapan penulisan berbentuk jurnal, buku, makalah dan manuskrip. Diharapkan dengan adanya bengkel pewasitan ini, akan dapat meningkatkan kualiti penulisan ilmiah di Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor  (KUIS).

 

 

Lokasi

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah saw, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya"