• gpik

Berita RMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Alamat :
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

Nombor Telefon :
+03-8925 4251 sambungan 3406

Nombor Faksimili :
+03-8926 2634

Alamat E-mel :
ppp@kuis.edu.my

 

Peta Lokasi :

(Klik peta untuk besarkan)

PPP maju setapak lagi dibawah pimpinan Rektor baru pada pertengahan 2013 yang membawa hala tuju PPP ke tanda aras yang lebih tinggi dalam menyokong wawasan KUIS untuk mencapai status universiti penuh pada tahun 2016. Dengan wawasan ini, PPP mula mengorak langkah merancang kearah Research Management Centre (RMC).
 
 
 
 

Pusat PengurusanPenyelidikan telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002 (ditubuhkan dengan nama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik–PPPA).  Ketika itu objektif penubuhan RMC adalah untuk pembangunan di KUIS. Berikut adalah antara fungsi dan gerak kerja yang dilakukan oleh RMC bermula dari 2002 hingga 2008:

a) Gerak Kerja Penubuhan Fakulti Sains Kejururawatan & Kesihatan Sekutu (FSKKS)
b) Dokumen menaik taraf KISDAR kepada Kolej Universiti (KUIS)
c) Gerak Kerja Penubuhan Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
d) Dokumen menaik taraf KUIS kepada Universiti Penuh
e) Menjalin jaringan kerjasama Akademik antara KUIS dengan IPT timur tengah.

Bermula tahun 2009, RMC mula menumpukan kepada pengurusan penyelidikan di KUIS. Dalam usaha untuk menggiatkan dan menyemarakkan budaya penyelidikan dan penerbitan di kalangan pensyarah, RMC telah menganjurkan beberapa siri latihan dalam bidang berkaitan khususnya kepada kakitangan adademik KUIS dengan menjemput panel-panel dan tokoh akademik berpengalaman daripada IPTA untuk berkongsi ilmu dan seterusnya memandu arah bagi menjamin kualiti penyelidikan KUIS diteruskan.

Pada awal tahun 2010, Dr. Abdul  Rahman Bin Abdul Ghani telah dilantik sebagai Pengarah untuk menerajui RMC dan pada November 2010, Ustaz Daud Lin Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah RMC. Dengan perlantikan ini, kakitangan RMC terdiri dari 4 orang iaitu, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pendaftar dan Pembantu Tadbir. Pengurusan RMC juga telah berubah di mana pada bulan November 2010, ianya diletakkan secara rasmi dibawah Rektor KUIS. Walaubagaimanapun, legasi penyelidikan tetap diteruskan bagi memantapkan lagi fungsi RMC sebagai pusat penyelidikan yang menjurus kearah matlamat mencapai Insan Tahdhib yang dapat member manfaat dan faedah kepada Insan lain melalui penyelidikan dan kajian yang dilakukan agar mencapai keredhaan Allah.

 

 

 

Capaian Atas Talian

Jurnal RMC

Akses terbuka untuk semua artikel dalam Jurnal RMC

My Ebookstore

Pembelian secara dalam talian untuk buku-buku terbitan RMC

Pengkodan Penyelidikan dan Penerbitan

Maklumat mengenai Pengkodan Penyelidikan dan Penerbitan

irmic

Maklumat mengenai IRMIC

Kata Aluan Pengarah

" Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC-KUIS) merupakan salah satu entiti di bawah Pejabat Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) selain daripada Fakulti dan Pusat bersifat akademik. RMC-KUIS diamanahkan dan berperanan untuk menguruskan bidang penyelidikan merangkumi pengurusan pembangunan penyelidikan, penerbitan dan penulisan berlandaskan falsafahnya iaitu ‘kesepaduan antara Ilmu, Iman dan Amal di dalam kecemerlangan penyelidikan’. "

Baca lagi...

Facebook

Hadis Pilihan

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Ada dua perkara pada manusia yang keduanya dapat menyebabkan mereka kafir, (1) Mencela keturunan (2) Meratapi mayat."