Contents of e-Jurnal Penyelidikan & Inovasi (e-JPI) Vol.7 No. 1 (April 2020)
1. BEYOND AGENDA SETTING: THE NATURE OF POLITICAL BLOGOSPHERE IN MALAYSIA
Roslan Ali, Kamaruzzaman Abdul Manan
aliroslan@gmail.com
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
SHOW ABSTRACT
This study investigated the utilization of blogs, to disseminate news and information to provide independent, reliable, wide-ranging and relevant information in support of democracy. It also explores how the agenda-setting theory is utilized to shape discussions and thoughts to publicize or highlight issues. This research investigated how bloggers with agenda-setting and hive mentality shaped and directed what the readers should think and how it might influence them. A literature review looked into the recent development of social media and politics internationally and in Malaysia. This study examined the current Malaysian political trend concerning communication and undertook to define ethics in the 20th Century, especially on issues relating to the blurring of reporting lines and freedom of expression related to blogging. It analysed the development of mass communication and the relationship between the Internet, handphones and mobile technology and “blogging.” Given the focus of the study, a qualitative method was employed. The study undertook a content analysis of prominent political blogger’s sites and interviews with political bloggers. The study found that blogs did play a significant role in democratization by facilitating the civil liberties of society as a whole and helping in framing the discourse. The blogs also helped in setting the agenda for public policy-making. They did encourage hive mentality and sharing of information and ideas relating to democracy in Malaysia.
Keywords: political communication, agenda-setting theory, blogosphere, Malaysia politics
2.SPEKTRUM PERKAHWINAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI, AKTA MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN) 1976 DAN KONVENSYEN ANTARABANGSA
Mohamad Hafifi Hassim, Muhamad Abral Abu Bakar & Nur Zulfah Md Abdul Salam
nurzulfah@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
SHOW ABSTRACT
Ini adalah kajian awal yang dijalankan ke atas undang-undang perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak di Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka isu perkahwinan kanakkanak di Malaysia dengan melakukan kajian komparatif tentang peruntukan undang-undang perkahwinan kanak-kanak yang terpakai bagi kanak-kanak Islam dan bukan Islam. Kajian ini akan merangkumi peruntukan undang-undang Malaysia yang berkaitan dan enakmen negerinegeri yang mengawal perkahwinan kanak-kanak. Di Malaysia undang-undang membezakan hal perkahwinan melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Perbandingan akan dilihat dari segi: umur minimum untuk berkahwin di Malaysia untuk kanak-kanak Islam dan bukan Islam, kesahihan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia, kesan konvensyen antarabangsa mengenai undang-undang domestik yang mengawal perkahwinan kanak-kanak, pendaftaran perkahwinan adat yang melibatkan kanak-kanak, dan sistem undang-undang unik Malaysia yang mengiktiraf bidang kuasa sivil dan jenayah Mahkamah Sivil dan bidang kuasa mahkamah Syariah (di bawah undang-undang Islam) di setiap negeri. Pada akhir kertas ini, perihalan perbandingan peruntukan undang-undang yang mengatur perkahwinan anak-anak Islam dan bukan Islam di Malaysia dibincangkan dan juga dengan melihat peruntukan berkaitan dengan konvensyen antarabangsa. Secara kesimpulannya, Malaysia mempunyai undang-undang yang tersendiri dalam mengiktiraf perkahwinan di bawah umur.
Kata Kunci: perkahwinan, kanak-kanak, umur dan kesahan.
3.KEPEDULIAN PARA PELAJAR IPTA DAN IPTS DI SEMENANJUNG MALAYSIA TERHADAP LAMBANG-LAMBANG KENEGARAAN SEBAGAI IDENTITI MALAYSIA
Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa,Wayu Nor Asikin Mohamad
ayunorazilah@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
SHOW ABSTRACT
Artikel ini membincangkan tentang tahap kepedulian para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Semenanjung Malaysia terhadap lambang-lambang kenegaraan yang menjadi identiti kepada negara Malaysia. Lambang-lambang kenegaraan yang dibincangkan ialah meliputi lima perkara iaitu Jata Negara, Lagu Negaraku, Bendera Kebangsaan, Bunga Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Menyusuli sejarah pemilihan kelima-lima lambang kenegaraan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri khususnya kepada negara Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh warga Malaysia khasnya para pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi mengetahui, memahami, menghayati, mendalami dan mengambil peduli tentang lambanglambang kenegaraan yang menjadi identiti negara Malaysia. Metodologi yang digunakan untuk artikel ini ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan edaran borang soal selidik. Seramai 350 orang responden terlibat dalam menjawab borang soal selidik ini. Seterusnya, data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian statistical package for social studies (SPSS) versi 24. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kepedulian para pelajar terhadap lambang-lambang kenegaraan yang menjadi identiti kepada negara Malaysia berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai interpretasi min 3.92. Hasil dapatan kajian ini menjadi salah satu kayu ukur tahap patriotisme generasi muda terhadap identiti negara Malaysia.
Kata Kunci: Kepedulian, pelajar, lambang-lambang, kenegaraan, identiti, Malaysia.
4.REFLEKSI MAHASISWA TERHADAP HIBURAN: KAJIAN DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
Hamzah Bin Omar, Muhammad Faiz Mukmin bin Abd Mutalib, Mohd Hasbie Al- Shiddieque Bin Ahmad, Mohd Azmal Huzaimie Bin Kamarul Zamal
hamzah@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
SHOW ABSTRACT
Budaya hiburan adalah satu manifestasi masyarakat terhadap kehidupan yang mereka lalui harian. Budaya hiburan yang melampau memberikan pengaruh yang amat besar kepada remaja masa kini. Kajian ini mengkaji tindakbalas mahasiswa kepada hiburan di sekeliling mereka. Menggunakan kaedah kuantitatif, pengkaji telah menganalisis dapatan dengan menggunakan SPSS. Hasil dapatan mendapati, refleksi mahasiswa terhadap hiburan bersama rakan adalah besar. Hiburan mereka juga dijalankan secara berkelompok dan jika berseorangan, mereka akan berhibur bersama rakan dengan menggunakan media sosial. Ini menunjukkan tindakbalas mahasisiwa terhadap hiburan hanya akan memberi impak yang besar jika ianya dilakukan secara bersama atau berkumpulan. Kajian ini diharap dapat memberi pengetahuan dan fikiran kepada semua pihak berkenaan sifat hiburan yang sering diadaptasi oleh mahasiswa supaya dapat bertindak membendung masalah budaya hiburan melampau dalam kalangan mahasiswa IPTA/IPTS.
Kata Kunci: mahasiswa, hiburan, KUIS
5.PENERAPAN ELEMEN MODAL INSAN TERHADAP REMAJA BERISIKO DI INSTITUSI PEMULIHAN AKHLAK DI MALAYSIA
Noor Hafizah bt Mohd Haridi, Rosfazila Bt Abdul Rahman,Norsaleha bt Salleh, Khairul Hamimah Binti Mohammad Jodi Zainora bt Daud
noorhafizah@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
SHOW ABSTRACT
Modal insan atau human capital merujuk kepada modal atau apa yang dapat dikeluarkan dari seseorang insan untuk dimanfaatkan. Modal insan hanya akan menjadi asset penting bagi sesebuah organisasi dan negara sekiranya tahap kecekapan, kemahiran dan pengetahuan modal insan dibangunkan selaras dengan keperluan organisasi dan negara. Di Malaysia terdapat institusi yang melaksanakan program pemulihan khususnya terhadap remaja bermasalah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti elemen modal insan yang diterapkan dalam program pemulihan yang dilaksanakan di Institusi Pemulihan Akhlak di Malaysia. Eleman ini penting bagi membentuk sahsiah diri seterusnya melahirkan personaliti yang baik dan mampu menghalang diri daripada terjebak dalam melakukan amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian berbentuk kualitatif. Hasil kajian menunjukkan elemen modal insan diterapkan dalam program-program pemulihan di institusi pemulihan akhlak di Malaysia berasaskan kepada tiga elemen utama iaitu pegangan akidah yang teguh, pengamalan kolektif akhlak mulia serta wawasan iman dan muamalah.
Kata Kunci: modal insan,remaja berisiko,institusi pemulihan akhlak
6.RESPON TERHADAP KEPRIHATINAN PENGURUSAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR DALAM KALANGAN ORANG KELAINAN UPAYA
Marlon Pontino Guleng, Ahmad A‟toa‟ Bin Mokhtar, Nurul Jannatul Idayu Binti Hassan
yusufmarlon@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
SHOW ABSTRACT
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan insan yang istimewa di mana segala keperluan dan kebajikan mereka wajar dititikberatkan supaya mereka dapat terus hidup berdikari serta boleh mengembangkan bakat dan potensi diri mereka. Di samping itu, golongan ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar mereka tidak terasa diabaikan dan dipinggirkan kerana salah satu punca tekanan utama dalam hidup golongan OKU ini adalah disebabkan oleh sikap negatif masyarakat terhadap mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keprihatinan pihak pengurusan KUIS dalam menyediakan kemudahan asas kepada orang kelainan upaya (OKU) yang disediakan oleh pihak pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Metodologi kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temubual terhadap 5 orang responden di mana 3 orang pelajar OKU, seorang pihak Pengurusan BPM dan seorang pihak pengurusan BKPM. Kajian ini membincangkan beberapa dapatan kajian berkaitan dengan keprihatinan pihak pengurusan KUIS dan antaranya ialah tempat tinggal yang bersesuaian, prasarana fizikal bangunan, kewangan dan kebajikan, layanan staf, kemudahan kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengangkutan khas untuk golongan ini.
Kata Kunci: Keprihatinan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Orang Kelainan Upaya
7.PENYEMBAHAN IMEJ DALAM AGAMA KRISTIAN, HINDU DAN BUDDHA: ANALISIS PERBANDINGAN
Nurhanisah Binte Senin, Mustafa Kamal Bin Ahmad Misra, Muhammad Faiz Mukmin Bin Abdul Mutalib
nurhanisah@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
SHOW ABSTRACT
Penyembahan imej dalam agama merupakan teras kepada sebahagian kepercayaan seperti Kristian, Hindu dan Buddha. Sebaliknya dalam ajaran monoteistik Islam dan Yahudi, penyembahan imej dalam upacara peribadatan adalah dilarang kerana menurut ajaran Islam dan Yahudi tuhan tidak boleh disembah dalam bentuk imej yang direka oleh manusia. Namun begitu, menurut penganut Kristian, Hindu dan Buddha, imej yang wujud dalam upacara keagamaan mereka hanyalah merupakan simbol dalam melaksanakan penyembahan mereka. Justeru, kertas kerja ini membincangkan konsep penyembahan imej dalam Kristian, Hindu dan Buddha dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan ajaran Kristian dan Buddha menganggap imej yang wujud dalam peribadatan sebagai simbol perantaraan bertujuan meningkatkan fokus dalam penyembahan. Berbeza dengan agama Hindu yang benar-benar menganggap tuhan mereka menjelma dalam bentuk patung yang disembah. Tuntasnya, penyembahan imej dalam agama Kristian, Hindu dan Buddha jelas mempunyai persamaan dan perbezaan daripada aspek fungsi, rupa bentuk dan konsep ketuhanan.
Kata Kunci: Penyembahan, Imej, Kristian, Hindu, Buddha
8.TANGGAPAN KEBERGUNAAN, TANGGAPAN MUDAH DIGUNA, DAN SIKAP TERHADAP PENGGUNAAN FRONT OFFICE TASKS SIMULATOR
Quah Wei Boon, Roseline Anak Kok, Azreena Aziz
skyman823000@yahoo.com
Kolej Komuniti Sungai Petani
SHOW ABSTRACT
Penggunaan inovasi adalah salah satu teknik dalam pengajaran dan pembelajaran semasa. Kelas konvensional yang dlaksanakan oleh pensyarah tanpa alat bantu mengajar kurang memberi sumbangan ke arah meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai kemahiran. Alat simulasi dalam pendidikan perhotelan dicadangkan untuk mengisi kekurangan tersebut dengan mendedahkan pelajar dalam situasi perniagaan yang ketara. Dalam kajian ini, Front Office Tasks Simulator (FOTS) telah digunakan sebagai alat pengajaran yang inovatif untuk pelajar perhotelan khususnya dalam subjek Front Office. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tanggapan pelajar terhadap Front Office Tasks Simulator (FOTS) dari segi kebergunaan, mudah diguna dan sikap terhadap penggunaan FOTS semasa melaksanakan aktiviti simulasi dan mengkaji sama ada faktor-faktor ini berkorelasi. Para responden adalah 22 pelajar dari Kolej Komuniti Sungai Petani yang mengambil kursus Front Office pada semester ketiga. Soal selidik telah diedarkan untuk mengumpul data. Hasil dapatan mendedahkan bahawa skor min keseluruhan tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah diguna berada di tahap tinggi, dan pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan FOTS semasa melakukan aktiviti praktikal. Hasil kajian juga mendapati prestasi pembelajaran pelajar meningkat selepas menggunakan FOTS. Kesimpulannya, dicadangkan pengintegrasian Front Office Tasks Simulator (FOTS) perlu dikongsikan kepada institusi lain yang menawarkan kursus yang sama dan kajian selanjutnya harus dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor tersebut sama ada hasil kajian adalah kesamaan.
Kata Kunci: Tanggapan Kebergunaan; Tanggapan Mudah Diguna; Sikap terhadap Penggunaan; Prestasi Pembelajaran; Front Office Tasks Simulator
9.MUQRI’ DALAM TALAQQI AL-QURAN MENURUT AL-IMĀM AL-NUWAYRĪ DALAM MUQADDIMAH SYARḤ ṬAYYIBAH AL-NASYR FĪ AL-QIRĀĀT AL-‘ASYR
Mujahid Bin Ahmad Lutfi, Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Bin Mohamad
mujahidlutfi@gmail.com
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
SHOW ABSTRACT
Amalan talaqqi al-Quran merupakan satu Sunnah yang amat mulia dan perlu dijaga keaslian dan keabsahannya sesuai dengan apa yang diwariskan oleh Nabi Muḥammad SAW dan para ulama sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Keistimewaan umat Islam terserlah dalam amalan talaqqi berguru dan bersandarkan kepada sanad yang merupakan susur galur berterusan sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. Kertas kerja ini membincangkan syarat-syarat yang diletakkan oleh oleh al-Imām al-Nuwayrī (m.857H) berkaitan seseorang yang mempunyai gelaran muqri’ atau pun seorang yang mengajar al-Quran. Perkara ini dijelaskan dalam kitab beliau yang bertajuk Syarḥ Ṭayyibah al-Nasyr Fī al-Qirāāt al-‘Asyr. Pemahaman berkaitan syarat muqri’ ini penting kerana ia berkait rapat dengan kaedah pengajian al-Quran berasaskan talaqqi dan pengijazahan sanad yang diamalkan secara semakin meluas dalam kalangan umat Islam mutakhir ini. Kajian ini dijalankan berdasarkan metode kualitatif secara penelitian terhadap teks kitab Syarḥ Ṭayyibah al-Nasyr Fī al-Qirāāt al-‘Asyr. Justeru, kajian ini mendapati bahawa seorang muqri’ perlu menjaga hal-hal khusus berkenaan keahliannya sebagai muqri’ dari segenap sudut seperti akhlak, penampilan, ilmu dan adab-adab dalam halaqah pengajian. Selanjutnya, beliau perlu mengetahui tahap dan kepakaran yang layak diajar olehnya selari dengan apa yang dipelajari daripada gurunya. Bahkan, kajian ini juga menjelaskan secara ringkas hukum mengajar al-Quran di jalanan dan hukum mengambil upah mengajar al-Quran menurut fuqaha.
Kata Kunci: muqri’, al-Nuwayri, Tayyibah
10.PENANDA ELIPSIS DALAM CERPEN DARI PERSPEKTIF STILISTIK
Nadiatul Shakinah Abdul Rahman, Morni Hussin, Arbai’e Sujud
nadiatul_shakinah@yahoo.com
Universiti Putra Malaysia (UPM)
SHOW ABSTRACT
Stilistik merupakan salah satu cabang ilmu yang berkait dengan bahasa. Bahasa adalah medium perantaraan yang digunakan bertujuan untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara manusia. Selain itu, bahasa juga merupakan alat luahan emosi, perasaan dan pemikiran manusia. Bahasa berperanan penting dalam dunia kesusasteraan Melayu. Keadaan ini dapat dibuktikan menerusi penggunaan dan pemilihan diksi dan gaya bahasa dalam karya sastera. Penggunaan elipsis iaitu pengguguran kata dan frasa juga turut dikesan dalam karya sastera. Elipsis dalam karya sastera digunakan untuk memperlihatkan gaya penulisan, mengurangkan jumlah perkataan dan memberi penekanan kepada maksud ayat. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis penanda elipsis yang tercermin di dalam cerpen terpilih. Cerpen seperti Kumpulan Cerpen Masitah karya Mawar Shafei, Kumpulan Cerpen Persimpangan Lebuh Raya karya Chacho Haji Bulah, Lelaki Tua dan Sebuah Kerusi karya Saifullizan Yahaya serta cerpen-cerpen dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Agama dan Falsafah, Anis dan Dewan Siswa keluaran antara bulan Januari hingga Disember 2006 digunakan sebagai data kajian. Kertas kerja ini menggunakan kaedah analisis data dan pendekatan stilistik bagi mengukuhkan hujahan data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penanda elipsis dikesan menerusi pernyataan lisan (verbal) dalam dialog dan pernyataan bukan lisan (non-verbal) dalam ayat cerpen yang dikaji. Justeru, menerusi kajian ini dapat mengetengahkan dan merungkai persoalan mengenai penanda elipsis dalam karya sastera. Tambahan pula, kajian ini juga dapat menyampaikan ilmu berkaitan stilistik dan panduan kepada pengkaji yang lain agar kesinambungan kajian ini dapat diteruskan.
Kata Kunci: Bukan Lisan; Cerpen; Elipsis; Lisan; Stilistik