Contents of e-Jurnal Penyelidikan & Inovasi (e-JPI) Vol.7 Edisi Khas (Disember 2020)
1. APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI TERHADAP PERANAN SUAMI DALAM MENGURUS KONFLIK RUMAH TANGGA BERMADU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Mariam Abd Majid, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Sahlawati Abu Bakar, Naqibah Mansor, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Salasiah Hanin Hamjah, Zulkefli Aini
mariam@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
SHOW ABSTRACT
Konflik pasti berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Fenomena konflik ni lebih mudah terjadi dalam rumah tangga bermadu disebabkan penglibatan pelbagai pihak. Suami dilihat berperanan penting dalam pengurusan konflik yang berlaku dalam rumah tangga. Sehubungan itu, artikel ini mengemukakan elemen-elemen peranan suami dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan teknik Fuzzy Delphi. Pendekatan yang digunakan bagi mengumpul data kajian menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 10 orang pakar terlibat bagi pembentukan elemen ini dalam bidang kekeluargaan, kaunseling, komunikasi, psikologi serta suami dan isteri rumah tangga bermadu melebihi 5 tahun. Hasil kajian mendapati enam belas elemen peranan suami dalam mengurus konflik rumah tangga bermadu diterima hasil konsensus kumpulan pakar dengan peratus konsensus melebihi 75%, nilai ambang (d) ≤ 0.2 dan nilai a cut melebihi 0.5 manakala satu elemen ditolak kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua enam belas elemen peranan suami ini penting bagi mengurus konflik yang berlaku dalam rumah tangga bermadu. Penemuan kajian ini bermanfaat dijadikan panduan kepada suami dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu menurut perspektif Islam.
Kata Kunci: Teknik Fuzzy Delphi, Peranan Suami, Pengurusan Konflik, Rumah Tangga Bermadu, Perspektif Islam.
2. REVOLUSI INDUSTRI DAN MASYARAKAT 5.0
Mohammad Saffuan bin Mat Saad, Ahmad Shobah bin Mohd Isa, Prof Dr. Muhammad Sukri bin Saud, Prof Madya Dr Nor Fadila binti Mohd Amin, Dr Hanifah bint Jambari
saffuansaad92@gmail.com
Universiti Teknologi Malaysia
SHOW ABSTRACT
Teknologi yang terdapat pada Revolusi Industri 4.0 telah berkembang dengan lebih maju ke arah Masyarakat 5.0 (Society 5.0). Dalam era baharu ini, Masyarakat 5.0 telah mementingkan kualiti hidup agar lebih bahagia, bermotivasi dan berpandangan jauh. Nilai masyarakat dapat meningkatkan produktiviti kerja dengan cekap dan pantas. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui matlamat dan hala tuju Masyarakat 5.0. Kajian ini menggunakan meta-analisis untuk menganalisis dengan lebih tepat mengenai matlamat dan hala tuju Masyarakat 5.0. Kebanyakan kajian lepas yang telah dijalankan mempunyai tema yang sama dan dikenalpasti daripada analisis dapatan. Dapatan yang diperolehi menjelaskan bahawa Masyarakat 5.0 memanfaatkan teknologi dengan bijak bagi meningkatkan kualiti hidup dengan lebih terjamin dalam peningkatan dalam segi ekonomi. Selain itu, Masyarakat 5.0 telah berjaya mengubah cara hidup, berkemahiran tinggi, bersifat daya saing dalam melakukan inovasi tentang dunia teknologi.
Kata Kunci: Revolusi Industri, Masyarakat 5.0
3. PENILAIAN TERHADAP STRATEGI GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN PKPIM
Rohida binti Jamaludin, Zetty Nurzuliana Rashed
rohidajamaludin@gmail.com
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
SHOW ABSTRACT
Pentaksiran ialah perkara yang penting di dalam pendidikan kerana ianya adalah satu proses pengumpulan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan bagi satu program pembelajaran termasuklah pembelajaran akhlak di sekolah. Pentaksiran akhlak bertujuan untuk menambahbaik akhlak dan adab murid. Satu instrumen untuk mentaksir pencapaian akhlak murid telah dibina oleh Unit Kurikulum dan Pentaksiran IKRAM Musleh yang dinamakan Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM). PKPIM ini digunakan dalam satu program pentaksiran akhlak murid yang dijalankan secara berkala. Satu kajian telah dijalankan bagi menilai strategi guru di dalam pelaksanaan program pentaksiran akhlak murid menggunakan Model Penilaian KIPP Stufflebeam di dalam penilaian proses. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang guru yang menjadi mentor kepada murid-murid tahun enam di semua sekolah rendah IKRAM Musleh. Pengumpulan data adalah melalui kaedah soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min telah digunakan untuk mengenalpasti tahap penilaian proses dalam program pentaksiran ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam penilaian proses yang melibatkan strategi guru semasa melaksanakan pentaksiran berada pada tahap tinggi iaitu 3.82. Item yang mempunyai min paling tinggi ialah guru memaklumkan kepada murid apa yang hendak ditaksir iaitu 4.01. Manakala item yang mempunyai min paling rendah ialah guru membuat perancangan tahunan aktiviti perjumpaan PKPIM iaitu 3.52. Kesimpulannya, kajian penilaian ini telah menunjukkan bahawa program pentaksiran akhlak ini merupakan program yang baik dan dapat mengubah sikap murid kepada yang lebih baik. Justeru, program ini mesti diteruskan dan beberapa penambahbaikan perlu diambil serta pelaksanaannya perlu diperkemaskan lagi.
Kata Kunci: Pentaksiran Akhlak, Instrumen Pentaksiran Akhlak, Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM), Penilaian Program Pentaksiran, Model Penilaian KIPP
4. THE PROCESS OF DEVELOPING SYAJARAT AL-ASANID ONLINE: HADITH FROM SAHIH MUSLIM AS A CASE STUDY
Phayilah Yama, Nur Saadah Hamisan@Khair, Aisyah Mat Jasin, Siti Mursyidah Mohd Zin, Muhammad Aizat Syimir Rozaini
phayilah@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
SHOW ABSTRACT
The study of Hadith contains different subjects including Takhrīj al-Ḥadīth which refers to the investigation of Hadith into the original book with the complete sanad. Previously, this subject was traditionally taught by referring to the numbers of Hadith collection, but due to the technological advance, many modern approaches were introduced in producing better learning process especially among the students. This study aims to discuss the importance of online learning in the study of takhrīj al-ḥadith which is used to verify the authenticity and reliability of a Hadith. Furthermore, this study attempts to develop a website which able to assist students in understanding the arrangement of sanad and visualising syajarat al-asānīd in an accurate diagram. The study will elaborate the processing steps in developing the website which focuses on selected Hadiths from Sahīh Muslim. All selected Hadiths have a unique symbol of ‘ha’ which has a special meaning in term of sanad arrangement. As a methodology, this study proposes a machine learning technique to visualize the chain of narrators (isnād) as to present the chronological transmission of Hadiths recorded from a Muslim scholar to another. The narrators’ names will be manually extracted by identifying a set of keywords and verbs from the sanad part in a Hadith. Then, from a list of narrators, graph theory will be applied to present a diagram of the chain of narrators from a selected Hadith. The result shows that the usage of website as a medium of learning the Hadith is more practical, and this developed website is a continuous effort for other innovations in the field of Hadith which concerns specifically on sanad.
Kata Kunci: Takhrīj al-Hadīth, Syajarat al-Asānid, Sahih Muslim, Website, Online Application.
5.PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN DIGITAL MENGGUNAKAN MINECRAFT: PENINGKATAN PENCAPAIAN MURID DALAM PECAHAN?
Rayner Bin Tangkui, Prof Madya Dr. Tan Choon Keong
raynertangkui@gmail.com
Universiti Malaysia Sabah
SHOW ABSTRACT
Pengetahuan dan pemahaman konsep pecahan yang kukuh akan membantu dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan terutama yang melibatkan situasi sebenar kehidupan. Namun demikian, dapatan pentaksiran antarabangsa Trends in Mathematics and Science Studies (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) menunjukkan bahawa pencapaian pecahan murid di Malaysia berada pada tahap kurang memuaskan iaitu di bawah skor purata antarabangsa. Dengan mengambil kira perkembangan inovasi dan kecanggihan permainan digital masa kini, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pembelajaran berasaskan permainan digital menggunakan Minecraft terhadap peningkatan pencapaian murid dalam pecahan. Kuasi-eksperimen dengan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang yang melibatkan 65 orang murid Tahun Lima dalam dua buah kelas sedia ada telah dijalankan. Kumpulan rawatan terdiri daripada 31 orang murid yang didedahkan dengan kaedah pembelajaran berasaskan permainan digital menggunakan Minecraft manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 34 orang murid yang didedahkan dengan kaedah konvensional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam min markah pencapaian ujian pasca antara kumpulan rawatan (m=51.09, sp=17.24) dengan kumpulan kawalan (m=35.23, sp=18.17). Hasil kajian ini akan lebih menggalakkan pelaksanaan pembelajaran berasaskan permainan digital menggunakan Minecraft dalam pengajaran matematik bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pecahan.
Kata Kunci: Pembelajaran berasaskan permainan digital, Minecraft, konsep pecahan, pencapaian