Vol. 2, No. 1 (APRIL 2015)

e-Jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI merupakan e-Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), KUIS. Skop dan isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang merangkumi pelbagai aspek penyelidikan seperti pendidikan, sejarah dan falsafah, adab, pemikiran, kepimpinan dan ketokohan, pentadbiran, bahasa, dakwah, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, serta alam sekitar.

e-Jurnal ini memuatkan pelbagai artikel dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu menggunakan medium bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Pendapat yang disiarkan dalam artikel tidak menggambarkan pendapat penyunting.Keutamaan diberikan kepada artikel yang memenuhi skop utama e-Jurnal dan memberi sumbangan dapatan penyelidikan kepada ummah. Artikel yang dihantar merupakan sumbangan asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana e-Jurnal. Penerbitan e-Jurnal ini diharap menjadi medium rujukan dan penyebaran ilmu pengetahuan seterusnya bermanfaat kepada ummah.

Segala surat- menyurat berkaitan artikel hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor
E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

e-mel : ppp@kuis.edu.my
Tel : +03-8925 4251

Kandungan e-Jurnal PI, Vol. 2, No. 1

1. KRISIS AKHLAK: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI BENTENG MENANGANINYA
Azizah Binti Mat Rashid, Nor ‘Adha Binti Abdul Hamid, Norul Huda Binti Bakar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

2. SIFAT WARA’ DALAM PENDIDIKAN MENURUT IMAM AL-ZARNUJI
Muhammad Fairuz A. Adi, Amzan Satiman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

3. PERANAN UZLAH DALAM MERAWAT PENYAKIT ROHANI MUSLIM
Nazneen binti Ismail, Mohd Noorikhwan bin Sarbini
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

4. KALIMAH ALLAH DALAM AL-QURAN: ANALISIS TEMATIK
Sahlawati Abu Bakar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

5. ADAPTASI KAEDAH PEMASARAN DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN DAKWAH
Mariam binti Abd. Majid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

6. PENDIDIKAN QIRĀ’AT: SATU SOROTAN SEJARAH
Zainora binti Daud, Muhammad Fairuz A.Adi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)