Format e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

FORMAT DAN GAYA
1. Artikel hendaklah ditaip berpandukan format berikut:
i. Program : Microsoft Word
ii. Jenis tulisan : Times New Roman
iii. Saiz tulisan : 12
iv. Langkau baris : 1.5
2. Setiap artikel harus mempunyai abstrak yang ditulis antara 250-300 patah perkataan dalam bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Bagi artikel yang ditulis dalam bahasa Arab, abstrak mestilah ditulis dalam bahasa
Inggeris.
3. Kata kunci perlu dinyatakan selepas setiap abstrak, tidak lebih daripada 5 item.

PROSEDUR PENYERAHAN ARTIKEL
1. Artikel boleh dihantar melalui e-mel atau secara terus ke alamat di atas, iaitu sebanyak dua salinan. Sumbangan             dalam bentuk digital amat dialu-alukan.
2. Para penulis dikehendaki menghantar satu salinan artikel akhir yang telah siap disunting berserta dengan
salinan digital melalui e-mel di atas. Pemilihan untuk diterbitkan adalah tertakluk kepada artikel akhir yang dihantar ke     alamat di atas.
3. Semasa artikel masih dalam pertimbangan, para penulis bertanggungjawab menghubungi editor untuk memaklumkan
tentang sebarang perubahan alamat.
4. Editor berhak untuk menyunting artikel yang difikirkan wajar.

RUJUKAN
1. Penggunaan rujukan di dalam teks mestilah mengikut sistem pengarang-tarikh.
Contoh nota hujung:
Abdul Latif (2003) atau (Abdul Latif 2003; Mohd Yusof 2009).

Contoh nota kaki:
Istilah pluralisme ini telah digunakan dalam pelbagai aspek seperti moral, politik, falsafah, ekonomi, sains dan agama1.

1Mohd Farid Mohd Shahran. 2011. Islam dan Pluralisme Agama: Isu-isu akidah semasa. Dlm. Seminar Al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan. 19-20 Julai. IKIM.

2. Setiap rujukan yang dirujuk di dalam teks mestilah dinyatakan di dalam senarai rujukan dan menjadi
tanggungjawab penulis untuk memastikan ketepatan maklumat rujukan.

3. Rujukan yang dipetik dari laman web perlu dinyatakan tarikh ianya dirujuk.

4. Senarai rujukan hendaklah disusun menurut susunan abjad serta menggunakan gaya APA; American Psychology
Association. (Klik untuk lihat contoh)

HAK CIPTA
Menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan kandungan artikel tidak bercanggah dengan hak cipta sedia ada.

PEWASITAN
Semua artikel yang diterima akan diwasit oleh Sidang Editor dan sekurang-kurangnya seorang wasit bebas. Keputusan tentang penerbitan adalah berdasarkan kepada saranan ahli-ahli lembaga ini.
Artikel yang diserahkan oleh mana-mana anggota Sidang Editor juga tertakluk kepada prosedur penilaian yang sama.

PRUF
Penulis akan menerima pruf pertama daripada Sidang Editor. Adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memaklumkan sebarang pembetulan kepada Sidang Editor.
Pruf hendaklah dikembalikan dalam tempoh dua minggu. Sekiranya tidak, salinan pruf akan disemak oleh editor berpandukan artikel akhir yang dihantar pengarang.
Pruf kedua dan ketiga akan disemak oleh Sidang Editor untuk memastikan tiada berlaku kesilapan percetakan.