Vol. 1, No. 2 (SEPT 2014)

e-Jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI merupakan e-Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), KUIS. Skop dan isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang merangkumi pelbagai aspek penyelidikan seperti pendidikan, sejarah dan falsafah, adab, pemikiran, kepimpinan dan ketokohan, pentadbiran, bahasa, dakwah, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, serta alam sekitar.

e-Jurnal ini memuatkan pelbagai artikel dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu menggunakan medium bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Pendapat yang disiarkan dalam artikel tidak menggambarkan pendapat penyunting.Keutamaan diberikan kepada artikel yang memenuhi skop utama e-Jurnal dan memberi sumbangan dapatan penyelidikan kepada ummah. Artikel yang dihantar merupakan sumbangan asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana e-Jurnal. Penerbitan e-Jurnal ini diharap menjadi medium rujukan dan penyebaran ilmu pengetahuan seterusnya bermanfaat kepada ummah.

Segala surat- menyurat berkaitan artikel hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor
E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

e-mel : ppp@kuis.edu.my
Tel : +03-8925 4251

Kandungan e-Jurnal PI, Vol. 1, No. 2

1. SIKAP PENCARUM DAN PENGARUHNYA TERHADAP TINGKAH LAKU PENAMAAN WASI DI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Mohd Musa Bin Sarip, Mohamad Sabri Haron, Khairul Anwar Mastor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),Pusat Pengajian Umum, UKM

2. KECERDASAN EMOSI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPIMPINAN KETUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH
Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda, Noriah Mohd Ishak
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

3.FATWA MUAMALAT DI MALAYSIA: SATU KAJIAN LITERATUR
Norainan bt. Bahari
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


4. NILAI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Norziah Othman1, Effandi Zakaria2, Zanaton Iksan3
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

5. الأدب القصصي الملايوي الإسلامي ترجمة ودراسة وصفية نقدية من خلال مجلة ديوان سسترا 1990-1992م
Us.Khalid Bin Ludin @ Jamaluddin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

6. MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN MELALUI KURIKULUM PENDIDIKAN INTEGRASI DAN HOLISTIK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS)
Zetty Nurzuliana Rashed, Ab. Halim Tamuri
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

7. KAJIAN AWAL KERANGKA UNDANG-UNDANG SEDIA ADA BAGI ANAK TAK SAHTARAF
Azizah Binti Mat Rashid, Nor ‘Adha Binti Abdul Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

8. KE ARAH PEMBENTUKAN UNIVERSITI TA’DIBI : KAJIAN TERHADAP MADRASAH TARBIAH RASULULLAH S.A.W
Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

9. PLURALISME AGAMA: JIHAD DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Nazneen Ismail, Nurzatil Ismah Azizan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)