Vol. 1, No. 1 (SEPT 2014)

e-Jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI merupakan e-Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), KUIS. Skop dan isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang merangkumi pelbagai aspek penyelidikan seperti pendidikan, sejarah dan falsafah, adab, pemikiran, kepimpinan dan ketokohan, pentadbiran, bahasa, dakwah, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, serta alam sekitar.

e-Jurnal ini memuatkan pelbagai artikel dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu menggunakan medium bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Pendapat yang disiarkan dalam artikel tidak menggambarkan pendapat penyunting.Keutamaan diberikan kepada artikel yang memenuhi skop utama e-Jurnal dan memberi sumbangan dapatan penyelidikan kepada ummah. Artikel yang dihantar merupakan sumbangan asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana e-Jurnal. Penerbitan e-Jurnal ini diharap menjadi medium rujukan dan penyebaran ilmu pengetahuan seterusnya bermanfaat kepada ummah.

Segala surat- menyurat berkaitan artikel hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor
E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

e-mel : ppp@kuis.edu.my
Tel : +03-8925 4251

Kandungan e-Jurnal PI, Vol. 1, No. 1

  1. GAYA BERFIKIR QUR’ĀNĪ DALAM PEMBENTUKAN INSAN TA’DĪBĪ
    Wan Haslan Bin Khairuddin
    Akademi Islam (AI), KUIS
  2. RADIO NEGERI fm PEMANFAATAN RADIO SEBAGAI MEDIUM PENDIDIKAN ISLAM TIDAK FORMAL
    Rozalafri Johori, Mohd Daly Daud, Nursyamimi Harun, Rahmatunnisah Hj Sailin.
    Fakulti Pengurusan Muamalah (FPM), KUIS
  3. KEMUNASABAHAN PUSAT PENGAJIAN TERAS DALAM MEREALISASIKAN JIHAD PENDIDIKAN
    Hairol Anuar Hj Mak Din, Intan Fadzliana Ahmad, Mohamed Fairooz Bin Mohamed Fatihillah
    Pusat Pengajian Teras(PPT), KUIS
  4. POTENSI QALBU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
    Nazneen Ismail, Nurzatil Ismah Azizan, Norul Huda Abu Bakar
    Akademi Islam (AI), KUIS
  5. JIHAD PENDIDIKAN SATU SOROTAN KEPADA AUTOBIOGRAFI AL-GHAZALI (1058M-1111M) AL-MUNQIDH MIN AL- DALAL
    Kamal Azmi Abd Rahman
    Akademi Islam (AI), KUIS
  6. KEPENTINGAN QALBU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
    Daud Lin Abdullah, Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah, Nor’ Adha Abd Hamid, Siti Noor Binti Ahmad, Intan Fadzliana Ahmad, Khairunnisa’ Ismail, Suziana Hanini Sulaiman, Ahmad Misbah Mohamad Hilmi, Imran Kamal Basah
    KUIS
  7. TADBIR URUS KORPORAT LAWAN TADBIR URUS INSAN KEKELIRUAN PERANAN PENTADBIR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM TERHADAP PERANAN UNIVERSITI
    Intan Fadzliana Ahmad , Mohd Izham Mohd Hamzah
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia